Sunday 8 May 2011

KELUARGA...

sedang duk belek majalah wanita, macam-macam yang terjadi skang... kebahagian, perpisahan, kesedihan n kegembiraan... hidup ini bagaikan roda yang sentiasa berputar, adakala kita di atas ada kala kita di bawah... aku tertarik dengan artikel hati suami... eerrmmmm... agak menarik ,,, salah satu petikan nya " Jika anda berada pada keadaan  tak puas hati, cubalah anda rendamkan ketidakpuasan itu dengan banyak-banyak bersyukur kepada allah dan fikirkan kebaikan pasangan berbanding keburukannya. Hati2 dengan bisikan hati, mungkin suara iblis yang menghasut untuk membenci si dia yang anada cinta! Berlindunglah kepada yang mengengam hati manusia, kepada allah SWT saja."  Pada pandangan saya semua ini bergantung kepada pasangan masing2, bagaimana cara untuk megatasinya..... kepada si suami ' isteri mu adalah wanita yang amat tersentuh jiwanya, jagalah ia, belailah ia, peliharalah ia, sayangi dan cintailah dirinya sepenuh hati tanpa ragu-ragu... layanlah ia seperti mana awal mula pertama mula kamu mengenali dirinya, dan sebelum kamu membuat keputusan untuk bersama dengan nya. kerana kamu nakhkota kapal, jika goyah nakhkotanya maka tengelamlah kapal, karamlah ia'.... buat si isteri dan diriku juga ' suami adalah ketua dan kamu adalah pembantu, kejayaan sesebuah organisasi x kan berjaya tanpa pembantu yang terbaik... bantulah ia, fahami lah ia, degarilah ia, walaupun kadang2 bermacam pekara bermain di minda... TUGAS DAN TANGUNGJAWAB ISTERI ADALAH TERHADAP SUAMI DAN KELUARGA....'

Buat suamiku Izani bin Ishak isteri mu amat menyayangi dirimu.. thanks diatas semuanya.. sayang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat abang dan isyraf naimi... sayang amat meyayangi abang... u r my love, u r my soulmate n u r my hero... sayang harap kebahagian kita kan sentiasa mekar di hati abang dan sayang.... insyaallah...

Tuesday 3 May 2011

thanks pa&ma n genius baby on board.... hadiah untuk isyraf naimi...

hari nie penat betul balik dari kerja... my beloved husband tak ader, so semua kena buat sendiri... tapi x per my little hero isyraf naimi bin izani ader tolong umie dia.. tolong sepahkan barang... hehehehe.... balik2 cam biasa check letter box... ader surat tgk2 dari pa & ma, rupa2nya contest yang antar maser februari ari 2 baru dapat hadiah.... SERONOKNYA!!!!!!!!!....  hilang semua penat tadi......HADIAH DARI GENIUS BABY ON BOARD.... thanks pa&ma n genius baby on board...semua untuk my little hero isyraf naimi bin izani....

Sunday 1 May 2011

01 05 2011

hari ini merupakan hari pekerja dan semua orang suka sebab cuti, tapi hari ini adalah tarikh keramat bagi diriku dan suami yang tercinta izani bin ishak, kerana pada tarikh inilah kami telah disatukan dan sah menjadi pasangan suami isteri.... sudah genab 2 tahun usia perkhawinan, kabahagian kami makin terserlah dengan kelahiran putera kesayangan kami isyraf naimi bin izani. Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan.. " Ya Allah permudahkan lah urusan kami sekeluarga, eratkanlah kasih sayang antara kami, kuatkanlah jodoh kami, hiasilah kehidupan kami dengan kerahmatan dan keredhaan mu ya allah, lindungilah kami sekeluarga dari fitnah jahat hamba-hamba mu, peliharalah kami sekeluarga dari hasutan syaitan dan hasad dengki... jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur dan permudahkan lah rezeki kami sekeluarga, sesunguhnya tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan allah.. amin.."




pada awal perkenalan, kami dikenalkan oleh kawan kami fadilah @ yah (member maser kat UiTM), maser first time jumpa 2 yang kelakarnya bukan kami berdua, tapi keluarga kami sekali, itu yang unik nya perkenalan kami. lagi pun jarak antara kami berdua, seorang di kl manakala saya di kluang , johor... dalam 3 bulan adalah seminggu jumpa, itu yang klu my lovely husband balik asyik kuar dating jer... hehehehe..pendek kata jodoh...  apa2 pun 2 my lovely husband i love u so much n much n much... thanks hadiah n balik walaupun sekejab sebab ader kursus... sabtu nie kiter jumpa balik... miss u so much...

Tuesday 8 March 2011

kegunaan telefon bimbit di kala kecemasan...

di sini ingin saya berkongsi sadikit info yang saya perolehi dari buletinthp Posted on

Telefon Bimbit Boleh Buka Pintu Kereta Terkunci?


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya : –

1) NOMBOR KECEMASAN Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang p ena mbahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Saturday 5 March 2011

lagu kegemaran isyraf naimi...

sajer nak berkongsi lagu kegemaran my little hero.. klu dengar siap joget2... sayang anak ummie...

Thursday 3 March 2011

isyraf rindu sangat kat ayah.... ('',) we love u so much...

Hari nie masuk dua minggu my lovely husband tak der.. pergi outstation... kesian my little hero sebab jauh dari ayah dia... dapat dengar suara jea dari jauh... minggu lepas x terasa sangat sebab my family dari Kluang, Johor datang.. jadi kuranglah rasa sunyinya... Mak n Ayah dapat jemputan dari Cik Kiah n Cik Karim (jiran lama masa kat Seremban) kat Putere Mahkota.. dah lama x jumper dia orang... dapat jugak mak n ayah bersembang lama ngan kawan-kawan lama dia orang... bukan main meriah lagi.. kebetulan pulak novelis dan penulis skrip yang terkenal Sharifah Abu Salem pun ader, dia adik kepada Cik Kiah... jadi adik saya si Angah bergambar sakan... (heheheh jangan mare yea..) .. lepas kenduri bawak mak g jalan kat nilai 3... cuci matalah katakan...tengok ape ader,,,,, x penah sampai... seronok tengok Isyraf naimi dok main ngan mak ngah, pak uda, pak teh n mak usu dia.. bukan main lagi syok sangat main, habis mainan di selongkarnya... sampai x ingat tidur... tapi sekejab jea rasa, hari ahad dah nak balik semula... isyraf naimi baru nangis nak ikut, belum sempat dia start mak atok dah menangis dulu... jadi isyraf diam jea dok tengok mak atok dia melalak... (nak tingalkan cucu, sedih lah katakan)...kat sini ader skit gambar maser kenduri hairul.. taniah yea kepada mempelai... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... Amin...

Minggu nie tingal kami ber dua jea... tengah plan nak buat aper nagn budak bijak nie (mak ngah, pak uda, pak teh, cik mal n mak usu ain datanglah sini)........ nak bawak dia pergi swimming pool dan play ground...main-main kat situ jea lah... nanti ayah balik kita ajak ayah g jalan-jalan yea... sayang anak umie... isyraf rindu kat ayah, ummie pun sama rindu gak... sayang sangat-sangat kat Izani b Ishak dan Isyraf Naimi b Izani .... .


bukan main tersengih budak bijak nie dapat duduk ngan mak atok dia...
manjernya ngan tok ayah...


ateh, adik in n my lovely mom...

adik nie,,, jgn dok kacau mak n ayah nak bergambar...


nie maser malam berinai pengantin.. pakaian ala tradisi jawa...


tiga anak gadis en nasir dan pn awa serta cucu kesayangan....

cam rombongan cik kiah ( 2 salah satu tajuk drama sharifah abu salem)....

ramai n meriah sunguh jemputan... seronok sangat2...

si kecik kepenatan, maklumlah panas sangat2... sampai tukar uniform...
 dok dalam kereta terlena

mak jumpa kawan lama cik bibah...

mempelai bersanding... bukan main smart erul... (teringat my lovely husband pakai uniform... henson gila...)

taniah erul n isteri... ( terkenang masa bersanding dulu2)

selepas ini si pengapit perempuan plak... intan..

bukan main adik ku angah bergambar ngan shrifah abu salem...

saya pun tumpang sekaki ambil gambar... kenangan 2... Rindu sangat2 kat semua....

Sunday 20 February 2011

kenduri cukur jambul emir zaquan...

Minggu lepas kami sekeluarga x ader ke mana2... ader jemputan dari abu burn sekeluarga... cukur jambul si kecik emir zaquan bin abu bakar kat tasik biru... dalam masa nak tunggu dia org sampai ( sebab nak saing yaati n safri) my lovely hubby rajin sangat2 tolong sapu n sidai baju.. thanks a lot abg... jasamu amat2 di hargai... majlis mmg  meriah.. macam2 makan ader ader ( pulut kuning pun ader gak)... dapat gak jumpa mber2 husband yaati n family, n yang dah lamer x jumper ah soon... tapi x lama sagat berborak.. si kecil mood x baik.. cuaca hari 2 blh tahn gak... x sempat jumpa rayaan n ibu dier jer... balik awallah katakan...malam 2 baru g jalan2 tgk kl waktu malam... n last sekali g makan kat de templer restaurant (restoran masakan cina hallal, sedap gila .. bagi aku n family lah..) yang dekat melati utama, berdepan MR2... kat sini makanan dia mmg masyuk... saiz lauk dia ader S dan M.. tapi yang S pun kami rase blh makn utk 3-4 org... mmg banyak... aku n husband pun x larat nak habiskan ..  nak rasa g lah sana... tanya pekerja kat sana aper yg BEST... mesti bg tahu punyer... cerita tang makan nie.. teringat plak kata2 DR M kiter... yang arwah mak dia pesan klu makanan 2 sedap cepat2 berhenti... dalam islam pun ader kater.. Berhenti sebelum kenyang, makan sebelum lapar.. marilahsama2 kiter renungkan..